Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ikan lumba-lumba terdampar di Terengganu diselamatkan pelajar

Sekumpulan tujuh pelajar jurusan Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus, pada Khamis (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Ikan lumba-lumba terdampar di Terengganu diselamatkan pelajar

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Dec 2019 12:28PM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 12:32PM

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan tujuh pelajar jurusan Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus, pada Khamis (12 Dis).

Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains (Biologi Marin), Encik Mohd Nur Aiman Suhaimi, 23 tahun, berkata beliau mendapat panggilan telefon daripada orang kampung yang memaklumkan penemuan itu pada 1.30 tengah hari semalam.

"Pada mulanya seakan tidak percaya kerana sepanjang pengetahuan saya, memang tidak pernah ada ikan lumba-lumba yang terdampar di pesisir pantai Terengganu sebelum ini.

"Kalau kes penyu terdampar itu memang pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tapi untuk ikan lumba-lumba itu memang luar biasa. Namun, kami tetap keluar ke lokasi untuk kepastian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mereka mengambil masa kurang lima minit untuk mengangkat ikan lumba-lumba itu ke kawasan air yang lebih dalam namun haiwan itu terlalu lemah dan tidak berdaya menahan hempasan ombak yang terlalu kuat.

"Saya difahamkan ikan itu terdampar di kawasan berpasir namun sempat dialihkan dua individu ke kawasan air cetek sebelum kami tiba.

"Lebih mencemaskan kerana ikan lumba-lumba itu sudah mula mendengus dan terdapat sedikit kesan luka di bahagian kepalanya. Mujur penduduk kampung bertindak pantas menghubungi kami dan akhirnya ia berjaya berenang kembali ke lautan," katanya yang begitu teruja dapat menemui haiwan itu buat pertama kali dalam hidupnya.

Kumpulan pelajar tersebut menunggu hampir 30 minit untuk memastikan ikan lumba-lumba itu benar-benar selamat dan tidak lagi terdampar di pesisir pantai untuk kali kedua.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan