Images
  • najib file
    Mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar fail: Mohd Rasfan/ AFP)

Ijazah saya sah, tegas Najib

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Najib Razak berkata bahawa beliau bersedia memberi bukti yang menunjukkan beliau mempunyai ijazah yang sah dan menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham, menurut Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Keranji dari DAP Chong Zhemin mendakwa Encik Najib tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Presiden MCA Wee Ka Siong yang bertindak menyemak kelayakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Malahan Encik Chong menyentuh mengenai video yang tular di online yang mendakwa Encik Najib tidak pernah menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham, sekaligus menuntut agar beliau menunjukkan transkrip peperiksaan dan salinan ijazahnya.

Menurut Malaysiakini, Encik Najib sebelum ini menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menangani isu maklumat kelayakan akademik beberapa kementerian yang dikatakan tidak tepat.

Beliau juga mengulas mengenai beberapa menteri dan pemimpin negeri yang mengaku tidak tamat pengajian disenaraikan dalam siri infografik agensi berita nasional Bernama.

- Agensi berita/NA/na

Top