Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Identiti pemandu kenderaan terhumban ke dalam laut dikenal pasti

Identiti pemandu kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal Ahad (20 Jan) sudah dikenal pasti.

Anggaran Waktu Membaca:
Identiti pemandu kenderaan terhumban ke dalam laut dikenal pasti

Kemalangan di Perai membabitkan dua buah kenderaan dengan sebuah daripadanya terhumban ke dalam laut. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 09:20AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 09:24AM

GEORGE TOWN: Identiti pemandu kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal Ahad (20 Jan) sudah dikenal pasti.

Mangsa seorang lelaki dikenali sebagai Encik Moey Yun Peng, berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemillik kereta yang juga bapa kepada pemandu kenderaan utiliti sukan Mazda CX-5 itu membuat laporan polis jam 5.00 petang selepas anak lelakinya berusia 20 tahun yang memandu kereta itu tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.

"Lelaki berusia 63 tahun itu membuat laporan polis selepas anaknya tidak pulang dan beliau menerima maklumat dari rakan anaknya itu bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke dalam laut.

Menurut bapanya mangsa ialah pelajar sebuah kolej swasta dan tinggal di Taman Kempas, Butterworth," katanya semalam (20 Jan).

ACP Nik Ros Azhan berkata sehingga kini, tiga saksi bebas dan dua rakan mangsa sudah tampil membantu siasatan berhubung kemalangan berkenaan.

"Polis sudah merakamkan percakapan mereka termasuk dua rakan mangsa yang mendakwa lelaki itu terlibat dalam kemalangan tersebut dan menurut mereka dalam perjalanan pulang daripada menyambut hari lahir rakan mereka di George Town.

"Sementara itu, seorang saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut sudah memberikan kerjasama dan berkongsi video 'kamera papan pemuka' kereta miliknya kepada polis," katanya.

ACP Nik Ros Azhan berkata kes diklasifikasikan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Dalam kemalangan pada jam 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan