Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ICA gagalkan cubaan seludup kura-kura ke Singapura

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menggagalkan cubaan menyeludup tujuh ekor anak kura-kura (leopard tortoise) di dalam sebuah lori yang bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 Julai lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA gagalkan cubaan seludup kura-kura ke Singapura
Diterbitkan : 31 Jul 2020 08:34AM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 08:37AM

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menggagalkan cubaan menyeludup tujuh ekor anak kura-kura (leopard tortoise) di dalam sebuah lori yang bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 22 Julai lepas.

Menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi pihak berkuasa itu, pegawai ICA menjumpai kura-kura berkenaan di dalam sebuah kotak kadbod putih di belakang kerusi pemandu semasa melakukan pemeriksaan fizikal ke atas lori berkenaan.

ICA memaklumkan pemandu lori dan seorang lelaki membantu siasatan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) berhubung penemuan haiwan itu.

Kura-kura itu kemudian diserahkan kepada Wildlife Reserves Singapore.

Menurut ICA, kura-kura spesies itu merupakan haiwan dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Flora dan Fauna Liar Terancam (CITES).

Di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport), hukuman bagi pengimportan spesies berjadual tanpa permit CITES adalah denda tidak melebihi S$500,000 dan/atau penjara tidak lebih dua tahun, menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan