Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu pukul anak 8 tahun sampai mati kerana curi S$5, beli layang-layang

Hanya kerana anaknya yang baru berusia lapan tahun mengambil wang sebanyak 51 ribu rupiah (S$5), si ibu tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga memukul anak kandungnya sendiri sehingga mati.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pukul anak 8 tahun sampai mati kerana curi S$5, beli layang-layang

(Gambar hiasan: Sonny Tumbelaka/ AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 09:29PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 11:14PM

MALANG: Hanya kerana anaknya yang baru berusia lapan tahun mengambil wang sebanyak 51 ribu rupiah (S$5), si ibu tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga memukul anak kandungnya sendiri sehingga mati.

Wang itu diambil tanpa pengetahuan ibunya untuk membeli layang-layang, lapor Merdeka.com.

"Tertuduh marah gara-gara anaknya mengambil wang sebanyak 51 ribu rupiah. Anaknya mengambil wang tersebut untuk membeli layang-layang berharga 26 ribu rupiah (S$2.50) manakala bakinya pula untuk disimpan," kata Ketua Polis Daerah Malang Adrian Wimbarda kepada Merdeka.com.

Menurutnya lagi, Masripah memukul mangsa dengan menggunakan gayung dan menghentak kepalanya ke tembok. Ini mengakibatkan mangsa mengalami beberapa lebam teruk. Mangsa yang dikenali sebagai Syaiful Anwar kemudian mengalami demam tinggi. Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mempunyai luka di bahagian kaki, sebelah kanan dada, tangan kanan dan bibir," tambah Encik Adrian.

Mangsa meninggal dunia di Rumah Sakit Daerah Kanjuruan di Kepanjen, kurang sehari selepas ibunya menganiayanya, lapor Merdeka.com.

"Tertuduh kini ditahan, dan kami sudah menyoal siasat empat saksi," kata Encik Adrian lagi sambil menambah bahawa mayat mangsa dibedah siasat di hospital lain bagi mengetahui punca kematian sebenar.  

Sumber : Agensi berita/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan