Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu bapa mengamuk selepas anak dihadiahkan tuala bagi kemenangannya peringkat nasional

Ibu bapa seorang pelajar sekolah rendah di Mesir marah selepas anak mereka dihadiahkan "tuala" sahaja setelah mendapat tempat kedua dalam satu pertandingan kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa mengamuk selepas anak dihadiahkan tuala bagi kemenangannya peringkat nasional

Gambar hiasan tuala. (Gambar: AMANDA EDWARDS / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 01:02PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 01:18PM

KAHIRAH: Ibu bapa seorang pelajar sekolah rendah di Mesir marah selepas anak mereka dihadiahkan "tuala" sahaja setelah mendapat tempat kedua dalam satu pertandingan kebangsaan.

Menurut laporan Arab News, pelajar darjah lima tersebut, dari sekolah Taha Hussein di wilayah Suez, dihadiahkan sehelai tuala semasa perhimpunan pagi.

Seorang saudara pelajar, yang ditukil akhbar Youm7 menyifatkan sekolah berkenaan "menghina anak kami sendiri" dan sambutan yang "tidak sesuai" terhadap kejayaan itu.

"Mereka sepatutnya beritahu kami mereka tidak berkemampuan secara kewangan untuk memuliakan anak kami dengan hadiah yang terhormat," kata saudara berkenaan.

"Kami boleh membayar hadiah itu kepada sekolah untuk dihadiahkan kepadanya (pelajar berkenaan)," kata beliau seperti yang ditukil Arab News.

Salah satu sumber Kementerian Pendidikan Mesir menyatakan pihaknya terkejut apabila melihat gambar yang dimuat naik ke Facebook sekolah berkenaan. Sumber itu turut menyatakan bahawa mereka akan memberikan penghargaan kepada pelajar tersebut dengan sewajarnya dan akan menyiasat insiden tersebut.  

Sumber : Agensi berita/FA/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan