Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu bapa di Britain guna wadah online; isi masa terluang bersama anak semasa perintah berkurung

Esok (6 Apr)menandakan minggu ketiga perintah berkurung di rumah dilaksanakan di seluruh Britain dalam usaha kerajaannya untuk mengekang penularan lanjut COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa di Britain guna wadah online; isi masa terluang bersama anak semasa perintah berkurung
Diterbitkan : 05 Apr 2020 06:50PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 08:08PM

BRITAIN: Esok (6 Apr)menandakan minggu ketiga perintah berkurung di rumah dilaksanakan di seluruh Britain dalam usaha kerajaannya untuk mengekang penularan lanjut COVID-19.

Sejak itu, para ibu bapa terus berdepan dengan cabaran memenuhi masa anak-anak di rumah.

Namun kini, banyak wadah online muncul untuk menyokong keadaan yang luar biasa itu.

Kumpulan Facebook 'Happy Hour at Home' misalnya, membantu para ibu bapa menghiburkan anak-anak di rumah.

Ideanya adalah memberikan para ibu masa luang sejam sehari, dengan menawarkan kegiatan kerja tangan setiap hari.

Kanak-kanak yang mengambil bahagian boleh mengirimkan foto projek-projek kerja tangan atau lukisan masing-masing, dengan hadiah ditawarkan kepada para pemenang.

Pakar saintis Lucy Woodall pula menawarkan kelas secara online untuk kanak-kanak. Harapannya adalah memperkenalkan kanak-kanak kepada pelbagai tugasan saintis yang belum pernah mereka dengar dan mungkin mencetuskan minat dalam bidang sains.

Bagi mereka yang berminat untuk bersenam, rancangan "Body Coach" Joe Wicks di YouTube menjadi tumpuan semua peringkat usia, pada setiap pagi.

Dianggarkan sejuta orang dari merata dunia menonton programnya itu dan Encik Wicks berikrar untuk mendermakan semua hasil iklan daripada programnya itu kepada Khidmat Kesihatan Britain (NHS).

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan