Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu, abang ditahan kerana disyaki dera budak kurang upaya

Seorang wanita dan anak lelakinya direman empat hari mulai hari ini (21 Jul) bagi membantu siasatan kes dera melibatkan remaja perempuan orang kelainan upaya berusia 14 tahun di Mata Ayer, Kangar.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu, abang ditahan kerana disyaki dera budak kurang upaya

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Jul 2019 06:29PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 06:32PM

KANGAR: Seorang wanita dan anak lelakinya direman empat hari mulai hari ini (21 Jul) bagi membantu siasatan kes dera melibatkan remaja perempuan orang kelainan upaya berusia 14 tahun di Mata Ayer, Kangar.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah.

Wanita berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun yang juga abang kandung kepada remaja perempuan yang kurang keupayaan pembelajaran itu ditahan di kediaman mereka di Kampung Gial Tengah, Mata Ayer, semalam.

Pada Jumaat, satu klip video tular di laman Twitter menggunakan akaun bernama Jurais Abdullah yang menunjukkan seorang remaja perempuan dibiar tinggal di luar rumah. Remaja itu turut dikatakan tidak diberi makan oleh keluarganya selain dipercayai dipukul.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamad ketika dihubungi berkata remaja perempuan itu kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan polis sedang menunggu laporan pemeriksaan ke atas remaja itu.

“Polis juga telah mendapatkan keterangan daripada individu yang dikenali sebagai Jurais bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan