Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibadah umrah disambung semula dengan bilangan terhad jemaah Saudi

Langkah menyambung semula ibadah umrah di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang akan hanya melibatkan para jemaah Saudi yang terhad pada awalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibadah umrah disambung semula dengan bilangan terhad jemaah Saudi

(Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 03:08PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 03:10PM

JEDDAH: Langkah menyambung semula ibadah umrah di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang akan hanya melibatkan para jemaah Saudi yang terhad pada awalnya.

Akhbar Saudi Gazette menukil beberapa sumber sebagai menyatakan ia juga akan bergantung kepada beberapa syarat dan peraturan.

Hari ini (15 Sep), Kementerian Dalam Negeri Saudi menarik balik sebahagian sekatan perjalanan dari dan ke Saudi untuk golongan tertentu serta warga negara-negara teluk.

Namun, kelulusan untuk menyambung semula ibadah umrah akan hanya diumumkan secara bertahap-tahap, bergantung kepada keadaan COVID-19.

Menurut beberapa sumber Saudi Gazette, para jemaah Saudi akan dibenarkan melakukan umrah sekiranya mereka memenuhi syarat diuji negatif COVID-19.

Kementerian Haji dan Umrah Saudi akan mengumumkan syarat-syarat bagi kelulusan ibadah umrah itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun apa yang pasti, akan ada aplikasi telefon bijak bagi menentukan tarikh dan masa perlaksanaan umrah untuk setiap jemaah seperti yang pernah dilakukan semasa ibadah haji yang terhad Julai lalu.

Awal dari itu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Hussein Al-Sharif, sudahpun mengesahkan pihaknya sedang menilai kejayaan perlaksanaan haji yang lalu.

Ini di samping memanfaatkan ciri-ciri yang memastikan mutu kesihatan tinggi serta langkah-langkah keselamatan untuk musim umrah yang baru kelak.

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan