Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Huraian boleh dicapai bagi Muslim di Xinjiang, kata Erdogan

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata penyelesaian yang "mengambil kira keprihatinan kedua-dua pihak" boleh dicapai dalam membantu masyarakat Muslim yang ditahan di kem-kem di China, dalam satu ulasannya yang diterbitkan pada Khamis (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Huraian boleh dicapai bagi Muslim di Xinjiang, kata Erdogan

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa hadiri mesyuarat dengan Presiden China Xi Jinping pada 2 Jul (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Jul 2019 10:45PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 10:54PM

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata penyelesaian yang "mengambil kira keprihatinan kedua-dua pihak" boleh dicapai dalam membantu masyarakat Muslim yang ditahan di kem-kem di China, dalam satu ulasannya yang diterbitkan pada Khamis (4 Jul).

Turki adalah satu-satunya negara majoriti Muslim yang menyelar China berhubung penahanan sekitar satu juta masyarakat etnik Uighur dan kebanyakan kaum minoriti Muslim lain di wilayah Xinjiang.

Bagaimanapun Presiden Erdogan menyuarakan pendirian yang lembut sedikit setelah bertemu dengan Presiden China Xi Jinping pada Selasa di Beijing.

"Saya percaya kita dapat mencapai penyelesaian terhadap isu ini yang mengambil kira keprihatinan kedua-dua belah pihak," kata Encik Erdogan kepada para wartawan Turki di Beijing, sebelum berlepas pulang ke Turki, menurut laporan Hurriyet.

Media negara China mendakwa bahawa Encik Erdogan berkata masyarakat minoriti hidup bahagia di Xinjiang, namun beliau tidak menyuarakan komen sedemikian kepada para wartawan Turki.

Beliau memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba "menyalahgunakan" isu Xinjiang untuk mengeruhkan hubungan dengan China, yang merupakan sebuah pelabur dan rakan dagang utama.

"Penyalahgunaan ini mempunyai kesan buruk terhadap hubungan Turki-China. Adalah penting kita tidak membuka ruang untuk penyalahgunaan sedemikian," kata Encik Erdogan.

Beliau juga berkata Turki boleh "menghantar rombongan ke Turkestan Timur", merujuk kepada nama yang diberikan para aktivis kepada Xinjiang, sambil menambah bahawa Beijing terbuka untuk menerima saranan itu.

China menolak dakwaan bahawa pihaknya menahan orang ramai secara paksa di tempat-tempat yang disifatkannya sebagai "pusat pendidikan kejuruan" yang bermatlamat menjauhkan rakyatnya daripada pemahaman agama ekstrim.

Kementerian luar Turki pada Februari menyelar cara China memperlakukan masyarakat Uighur, menyifatkannya sebagai "memalukan seluruh kemanusiaan" dan menyatakan mereka yang ditahan di pusat-pusat dan penjara "didera dan dipengaruh secara politik".

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan