Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukuman sebat diteruskan di Aceh meski di tengah COVID-19

Enam orang disebat secara terbuka di wilayah konservatif Aceh, Indonesia, pada Selasa (21 Apr) kerana melanggar undang-undang Islam setempat meskipun larangan meluas yang mengharamkan perhimpunan orang ramai dikuatkuasakan atas kebimbangan penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman sebat diteruskan di Aceh meski di tengah COVID-19

Hukuman sebat terbuka di Banda Aceh, Indonesia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2020 08:10AM Dikemas Kini : 22 Apr 2020 08:13AM

BANDA ACEH: Enam orang disebat secara terbuka di wilayah konservatif Aceh, Indonesia, pada Selasa (21 Apr) kerana melanggar undang-undang Islam setempat meskipun larangan meluas yang mengharamkan perhimpunan orang ramai dikuatkuasakan atas kebimbangan penularan COVID-19.

Para pegawai menegaskan bahawa mereka mematuhi peraturan jarak sosial tetapi berikrar pandemik global tidak akan menghalang usaha menegakkan keadilan.

"Untuk mematuhi keadaan semasa ini, kami berusaha mengurangkan prosedur yang tidak perlu seperti ucapan pembukaan biasa," kata Safriadi, pegawai yang bertanggungjawab atas hukuman Syariah di ibu kota wilayah Banda Aceh.

"Kami hanya melakukan hukuman sebat sahaja untuk menjadikannya lebih mudah. Merotan masih akan berlaku tetapi kami menghadkan jumlah orang yang terlibat,” katanya yang hanya dikenali dengan nama Safriadi.

Kebanyakan pesalah yang disebat semalam tidak memakai pelitup dan gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan beberapa peserta bersentuhan antara satu sama lain.

Hukuman sebat secara terbuka di Aceh - yang dikritik hebat oleh kumpulan hak asasi - menarik ratusan penonton.

Namun, kali ini hanya sekitar belasan penonton yang hadir di sebuah bangunan di dalam taman awam untuk melihat empat orang lelaki disebat 40 kali setiap orang kerana meminum arak.

Satu pasangan belum bernikah yang ditangkap bersama di sebuah bilik hotel juga dikenakan lebih 20 kali sebatan rotan.

Aceh, yang terletak di hujung barat Sumatera, adalah satu-satunya wilayah di Indonesia dengan majoriti penduduk beragama Islam yang menguatkuasakan hukum Islam.

Wilayah itu membenarkan hukuman sebat ke atas kesalahan termasuk berjudi, berzina, meminum arak dan mengadakan hubungan seks sesama jenis atau seks luar nikah.

Di sebalik hukuman yang memeritkan itu, seorang lelaki yang disebat kerana meminum arak - yang juga menjalani hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan itu - mengatakan bahawa dia lega kerana bebas untuk bersama dengan keluarganya sewaktu bulan puasa sepanjang Ramadan, yang bermula minggu ini.

"Saya menjadi bosan di penjara dan sekarang saya akhirnya seorang lelaki bebas," katanya.

"Ramadan akan tiba dan saya tidak dapat membayangkan berpuasa di penjara." 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan