Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukuman penjara Aung San Suu Kyi dikurangkan kepada 2 tahun

Hukuman penjara terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, dikurangkan dari empat kepada dua tahun setelah dia diberikan pengampunan separa oleh ketua pemerintah junta, menurut laporan televisyen negara itu pada Isnin (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman penjara Aung San Suu Kyi dikurangkan kepada 2 tahun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 09:10AM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 09:13AM

YANGON: Hukuman penjara terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, dikurangkan dari empat kepada dua tahun setelah dia diberikan pengampunan separa oleh ketua pemerintah junta, menurut laporan televisyen negara itu pada Isnin (6 Dis).

Sebelum ini pada Isnin, sebuah mahkamah di Myanmar mendapati Cik Suu Kyi, yang digulingkan melalui satu rampasan kuasa pada 1 Februari, bersalah kerana menghasut dan melanggar sekatan-sekatan koronavirus, sekali gus mengundang kritikan antarabangsa terhadap apa yang disifatkan oleh para pengkritik sebagai satu "perbicaraan yang sengaja diada-adakan".

Presiden Win Myint dijatuhi hukuman penjara empat tahun, lapor stesen televisyen MRTV.

Kedua-dua Cik Suu Kyi dan Encik Win Myint akan menjalani hukuman di mana mereka sedang ditahan sekarang iaitu di satu tempat yang lokasinya tidak diketahui, justeru membayangkan bahawa mereka berdua tidak akan dihantar ke penjara.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan