Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukuman mati 32 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan

Jemaah Menteri Malaysia memutuskan hukuman mati bagi 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman mati 32 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 04:45PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 04:47PM

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri Malaysia memutuskan hukuman mati bagi 32 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Liew Vui Keong, berkata keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.

Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Susuli daripada keputusan itu, memorandum Jemaah Menteri diedarkan kepada semua kementerian berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan pandangan orang awam mengenai keputusan kerajaan," katanya.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin kerajaan menyatakan pendirian untuk memansuhkan hukuman mati sama ada ia akan memberikan pengecualian terhadap jenayah kejam.

Dalam pada itu, pada sesi soal jawab lisan pula, Encik Liew berkata Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dijangka akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang setelah semua isu dan dasar dimuktamadkan.

Beliau berkata mesyuarat susulan yang diadakan berkenaan penubuhan IPCMC sudah bersetuju terhadap usul-usul yang dibentangkan bagi memastikan PCMC ini benar-benar bebas, berkesan dan mempunyai kuasa untuk menangani masalah dalam agensi penguatkuasa tersebut.

"Kerangka penubuhan IPCMC ini mengambil kira kuasa-kuasa yang lebih holistik dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada," kata Encik Liew menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya).

Di samping itu, Encik Liew berkata hak-hak polis juga terjamin seperti yang termaktub di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada September lalu, kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan IPCMC bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan