Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukuman ke atas "Bladerunner" dinaikkan dari 6 tahun kepada lebih 13 tahun

Di Afrika Selatan, sebuah mahkamah menaikkan hukuman penjara ke atas juara Olimpik Oscar Pistorius berhubung kesalahan membunuh teman wanitanya, dari enam tahun kepada 13 tahun lima bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman ke atas "Bladerunner" dinaikkan dari 6 tahun kepada lebih 13 tahun

Hukuman ke atas Oscar Pistorius dinaikkan. (Gambar: Marco Longari/AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2017 09:19PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 09:23PM

JOHANNESBURG: Di Afrika Selatan, sebuah mahkamah menaikkan hukuman penjara ke atas juara Olimpik Oscar Pistorius berhubung kesalahan membunuh teman wanitanya, dari enam tahun kepada 13 tahun lima bulan.

Ini selepas pihak pendakwa berhujjah bahawa hukuman asal terlalu ringan.

Keluarga Steenkamp mengalu-alukan semakan hukuman tersebut walaupun mereka tidak hadir di mahkamah. Mereka menyatakan, ini menunjukkan bahawa keadilan masih wujud di Afrika selatan.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia sebelum ini menyifatkan hukuman asal sebagai terlalu ringan, dengan layanan lebih baik diberikan pesalah kulit putih dan mereka yang berstatus selebriti.

Pistorius juga tiada di mahkamah untuk mendengar tambahan hukuman penjara itu.

Pistorius mendakwa menembak temanitanya, Reeva Steenkamp, pada Hari Valentine pada 2013 kerana disangka penceroboh ke rumahnya. 

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan