Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan, ribut petir dijangkakan pada Hari Raya di 7 negeri M'sia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan turut diramal turun di beberapa tempat  pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan, ribut petir dijangkakan pada Hari Raya di 7 negeri M'sia

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 11:20PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 11:22PM

KUALA LUMPUR: Hujan diramal turun di satu dua tempat di pantai barat Semenanjung manakala cuaca baik di tempat-tempat lain pada pagi Hari Raya Aidilfitri, yang diraikan akhir minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan turut diramal turun di beberapa tempat  pada sebelah petang dan malam 15 dan 16 Jun ini.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Cuaca di tempat-tempat lain dijangka baik.

Kenyataan itu menyebut, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta beberapa bahagian di Bintulu, Kapit dan Miri di Sarawak dan bahagian Sandakan dan Kudat di Sabah dijangka mengalami hujan pada sebelah malam.

Sumber : Bernama/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan