Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat terus landa Jepun, 1.6 juta penduduk dipindahkan

Sekurang-kurangnya 47 orang hilang dan lima dalam keadaan kritikal selepas hujan amat lebat melanda kawasan barat dan tengah negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jul 2018 04:52PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 10:38PM

TOKYO: Sekurang-kurangnya 47 orang hilang dan lima dalam keadaan kritikal selepas hujan amat lebat melanda kawasan barat dan tengah negara itu. 27 orang juga maut dalam bencana tersebut. Paras hujan melebihi satu meter di beberapa tempat.

Menurut media tempatan NHK, lebih 1.6 juta penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Pihak berkuasa juga memberi amaran di empat kawasan barat Pulau Honshu tentang kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan angin kencang.

Jumlah korban dijangka bertambah di Hiroshima, Okayama dan Kyota ekoran kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menyifatkan keadaan di negaranya itu sebagai amat serius. Beliau mengarahkan para menteri supaya melakukan semua yang perlu untuk menyelamatkan para mangsa. 

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan