Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat membadai Jepun, 3 dikhuatiri maut dalam tanah runtuh

Hujan lebat membadai sebahagian besar Jepun pada Ahad (15 Ogos), menenggelamkan jalan-jalan raya dan bangunan di bahagian barat negara itu. Sekurang-kurangnya, tiga orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Nagano tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat membadai Jepun, 3 dikhuatiri maut dalam tanah runtuh

Kerja-kerja mencari mangsa terselamat di Jepun pada 15 Ogos 2021 susuli tanah runtuh. (Gambar: AP/Jabatan Bomba Daerah Nagasaki Kenou)

Diterbitkan : 15 Aug 2021 05:50PM Dikemas Kini : 15 Aug 2021 05:58PM

TAKEO: Hujan lebat membadai sebahagian besar Jepun pada Ahad (15 Ogos), menenggelamkan jalan-jalan raya dan bangunan di bahagian barat negara itu. Sekurang-kurangnya, tiga orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Nagano tengah.

Sebahagian besar Jepun, terutama pulau utama paling selatan di Kyushu, mencatat paras rekod hujan, menyebabkan paras air sungai melimpah tebing dan mencetuskan tanah runtuh.

Meskipun hujan telah berhenti di sebahagian besar Kyushu pada pagi Ahad, Tokyo dan bahagian lain negara itu pula dilanda hujan lebat.

Kerajaan Jepun akan mengadakan mesyuarat menteri-menteri mengenai hujan lebat itu pada Ahad petang, lapor Kyodo.

Di Takeo, sebuah bandar di kawasan Saga di Kyushu, seluruh jalan raya ditenggelami air ketika para pekerja penyelamat menyeret bot angin dan meninjau kerosakan. Penduduk tempatan kelihatan membawa penyapu dan baldi untuk meredah air yang setinggi paras lutut.

"Saya pernah mengalami tiga banjir seperti ini, tetapi ini adalah yang terburuk," kata Toshimi Kusumoto, seorang doktor berusia 68 tahun yang kliniknya dimasuki air bah.

Anaknya Daigo berkata keluarga mereka sudah bersiap sedia menghadapi banjir namun bimbang dengan kekerapan hujan lebat melanda kawasan itu, dan sedang mempertimbangkan untuk membangunkan semula rumahnya atas asas lebih tinggi.

Beliau telah menyaksikan dua banjir sejak membina semula rumah itu hanya empat tahun yang lalu.

Pada 2019, bandar Takeo dilanda hujan lebat yang mengorbankan tiga orang. Kerajaan pada masa itu menganggarkan bahawa banjir seperti itu hanya akan terjadi sekali setiap beberapa dekad.

"Tapi apa yang boleh kita lakukan?" kata Toshimi, pasrah dengan keadaan.

Sementara itu di bahagian lain di Saga, 113 pesakit di sebuah hospital tempatan dan 69 penduduk rumah jagaan di lokasi yang sama selamat dipindahkan ke tingkat yang lebih tinggi setelah banjir melanda, lapor penyiar awam NHK. Rakaman dari NHK menunjukkan bangunan hospital dan kawasan sekitarnya dibanjiri air, setinggi tayar kereta yang diletak di tempat meletak kereta hospital itu.

Tiga orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki bawah 10 tahun, dikhuatiri terbunuh selepas rumah mangsa di bandar Okaya, di tengah Nagano, dibadai tanah runtuh, lapor NHK.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan