Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat halang usaha kumpul bangkai gajah

 Hujan lebat menghalang operasi mengutip dan mengumpul bangkai 11 ekor gajah liar yang mati selepas terjatuh ke dalam Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di bahagian tengah Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat halang usaha kumpul bangkai gajah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 08:04AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 08:07AM

BANGKOK: Hujan lebat menghalang operasi mengutip dan mengumpul bangkai 11 ekor gajah liar yang mati selepas terjatuh ke dalam Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di bahagian tengah Thailand.

Timbalan Pengarah Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, Jongkrai Worapongsathorn berkata ranger rimba terus menghadapi kesulitan untuk menghampiri sebahagian daripada bangkai itu ekoran cuaca buruk dan lerengan bukit yang curam.

“Akibat hujan yang berterusan, pihak ranger hanya berjaya mendapatkan dua bangkai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam (9 Okt).

Ranger taman negara itu kini cuba mendapatkan bangkai-bangkai tersebut dari sungai kerana timbul kebimbangan bangkai itu akan mencemari air sungai.

Encik Jongkrai berkata dua jaring besar dipasang di hiliran air terjun itu bagi memerangkap bangkai tersebut jika ia terapung akibat arus yang kuat.

Pada Sabtu, enam gajah liar, termasuk seekor anak gajah berusia tiga tahun mati setelah terjatuh ke dalam Air Terjun Haew Narok.

Bagaimanapun, gambar dron mengesan lima lagi bangkai gajah liar di sungai yang sama di mana enam gajah mati sebelum itu.

Pada Sabtu, pihak ranger berjaya menyelamatkan dua ekor gajah itu - ibu dan anaknya.

Keadaan kedua-dua haiwan itu dilaporkan bertambah baik.

Kemalangan serupa berlaku pada 1992 apabila lapan ekor gajah dihanyutkan ke air terjun yang sama dan mati.

Taman seluas 2,000 kilometer persegi itu dihuni oleh kira-kira 300 gajah liar dan terletak di Pak Phli dalam daerah Nakhon Nayok.

Taman itu meliputi empat daerah - Nakhon Ratchasima, Prachin Buri, Nakhon Nayok dan Saraburi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan