Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat, air bah landa Washington DC

Hujan lebat melanda Washington DC dan kawasan-kawasan sekitarnya pada Isnin (8 Jul), menyebabkan banjir di banyak kejiranan serta mengganggu bekalan elektrik dan rangakaian pengangkutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2019 07:59PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:34AM

WASHINGTON: Hujan lebat melanda Washington DC dan kawasan-kawasan sekitarnya pada Isnin (8 Jul), menyebabkan banjir di banyak kejiranan serta mengganggu bekalan elektrik dan rangakaian pengangkutan.

Jabatan Kaji Cuaca Nasional (NWS) mengeluarkan amaran banjir kilat apabila hujan melanda negara itu, menenggelamkan jalan-jalan raya dan memaksa penutupan banyak laluan pengangkutan. Lapangan terbang dan rangkaian kereta api juga terjejas, menyebabkan kelengahan dalam perkhidmatan.

Berdasarkan catatan Twitter NWS, paras air di lapangan terbang ibu kota Amerika, Ronald Reagan, mencapai 3.3 inci dalam masa sejam sahaja.

Rakaman dramatik yang ditayangkan di stesen-stesen televisyen tempatan dan dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan kenderaan tenggelam di jalan raya berdekatan dengan mercu tanda utama seperti Monumen Washington manakala beberapa pemandu dilihat berdiri di atas bumbung kereta mereka yang dinaiki air.

Satu video sedemikian menunjukkan air mengalir melalui lubang di bumbung stesen bereta api Washington.

Lombol kuasa elektrik utama bangunan Arkib Negara - bangunan yang menyimpan sehilangan dokumen yang paling penting dalam sejarah Amerika - turut dibanjiri, memutuskan bekalan tenaga apabila jalan-jalan di sekelilingnya tenggelam.

Rumah Putih juga tidak terkecuali daripada dilanda banjir. Rakaman yang dimuat naik oleh beberapa koresponden menunjukkan bahagian besmen bangunan itu dimasuki air.

Khidmat kecemasan menyatakan mereka menerima puluhan panggilan telefon daripada rakyat yang meminta bantuan. Meskipun banjir meluas ke banyak kawasan, tiada kematian dilaporkan.

Hujan lebat dan air bah merosot sehari kemudian apabila penilaian kerosakan dimulakan di DC serta kawasan-kawasan berdekatan di Virginia dan Maryland. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan