Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Hujan duit' setelah lelaki lontar S$19,000 di jalan raya tapi kini dia buruk siku...

Seorang lelaki dari tenggara China, yang menyebabkan "hujan" wang tunai di jalan raya setelah melambungkan 100,000 yuan (S$19,364) ke udara hanya kerana beliau mengalami hari buruk di tempat kerja, meminta duitnya dikembalikan. Demikian menurut pihak-pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
'Hujan duit' setelah lelaki lontar S$19,000 di jalan raya tapi kini dia buruk siku...

Lelaki yang mencampakkan wang tunai AS$14,000 ke udara setelah melalui hari buruk di tempat kerja meminta agar duitnya dikembalikan. (Gambar: Weibo/ TODAYonline)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 09:55PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 10:01PM

HONG KONG: Seorang lelaki dari tenggara China, yang menyebabkan "hujan" wang tunai di jalan raya setelah melambungkan 100,000 yuan (S$19,364) ke udara hanya kerana beliau mengalami hari buruk di tempat kerja, meminta duitnya dikembalikan. Demikian menurut pihak-pihak berkuasa.

Encik Huang, 42 tahun, berkata beliau bertindak terburu-buru setelah mengeluarkan wang dari bank di bandar Shishi di wilayah Fujian pada Isnin (9 Sep).

Tindakannya itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dan para pejalan kaki di tempat itu berasak-asak antara satu sama lain untuk mencapai apa yang termampu, menurut biro polis perbandaran pada Selasa (10 Sep).

Lelaki itu, yang berkata sedang menghadapi masalah di tempat kerja, kini menyesali perbuatannya dan berharap beliau boleh mendapatkan semula wangnya. Demikian menurut kenyataan polis yang dikeluarkan Weibo, sebuah wadah blog mikro ala Twitter di China.

Para pegawai mengutuk Encik Huang atas "perbuatan tidak munasabah" dan menggesa mereka yang mengutip wang itu supaya menyerahkannya kepada polis.

Satu rakaman video yang dikongsikan di Weibo pada Selasa (10 Sep) menunjukkan para pemandu berhenti secara mendadak di jalan raya untuk mengutip wang kertas 100 yuan yang bertebaran merata.

Dalam satu lagi video, para pejalan kaki dilihat sedang bergegas ke tengah-tengah jalan raya untuk menyertai yang lain mengutip wang itu.

Sesetengah wang itu sudahpun dikembalikan pada lewat petang Selasa, menurut polis Shishi.

Polis juga menyatakan: "Huang berasal daripada keluarga biasa dan tidak kaya langsung. Satu perbuatan terburu-buru menyebabkan masalah besar buat dirinya serta keluarga beliau. Tolong bersikap rasional dan pulangkan wang itu." 

Sumber : Agensi berita/TODAYonline/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan