Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan bantu redakan kebakaran hutan Australia

Hujan lebat beserta guruh membantu memadamkan kebakaran hutan yang berlarutan di kebanyakan kawasan di bahagian timur Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan bantu redakan kebakaran hutan Australia

Hujan dan suhu lebih dingin berjaya membantu mengawal kebakaran di bahagian timur Australia. (Gambar fail: Tracey Nearmy/Reuters)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 12:10PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 12:18PM

SYDNEY: Hujan lebat beserta guruh membantu memadamkan kebakaran hutan yang berlarutan di kebanyakan kawasan di bahagian timur Australia.

Bagaimanapun, ia kini mencetuskan ancaman berlakunya banjir di sesetengah kawasan.

Sementara itu, kebakaran-kebakaran belukar terus marak di bahagian selatan dan tenggara Australia yang tidak dilanda hujan, termasuk di hutan-hutan yang padat dengan hidupan liar di Pulau Kanggaru.

Jabatan bomba di wilayah New South Wales (NSW) menyatakan sebanyak 75 kebakaran belukar terus marak hari ini, iaitu lebih rendah berbanding 100 kebakaran yang dilaporkan hanya beberapa hari yang lalu.

Jabatan bomba tersebut menyatakan hujan dan suhu lebih dingin membantu mengawal kebakaran lain.

Bagaimanapun, wilayah Queensland terjejas akibat ribut ganas yang melanda pada malam semalam.

Ia mencetuskan banjir kilat dan menyebabkan jalan-jalan raya ditutup, namun tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan akibat ribut tersebut. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan