Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel kuarantin di China roboh, 20 dihukum penjara

20 orang dijatuhi hukuman penjara atas peranan mereka dalam tragedi hotel kuarantin yang roboh di China tahun lalu, sekali gus mencetuskan kemarahan online pada Selasa (19 Okt) berkaitan piawai bangunan yang lemah di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel kuarantin di China roboh, 20 dihukum penjara

Seramai 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera apabila Hotel Xinjia roboh pada 7 Mac 2020. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 09:29PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 09:37PM

BEIJING: 20 orang dijatuhi hukuman penjara atas peranan mereka dalam tragedi hotel kuarantin yang roboh di China tahun lalu, sekali gus mencetuskan kemarahan online pada Selasa (19 Okt) berkaitan piawai bangunan yang lemah di negara itu.

29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera apabila Hotel Xinjia di bandar Quanzhou, selatan China roboh pada Mac tahun lalu.

Ketika itu, hotel yang mempunyai 66 bilik itu menempatkan puluhan orang yang diberi perintah kuarantin setelah baru sahaja melancong ke wilayah-wilayah yang dilanda COVID. Ia sebagai langkah ketat China membendung virus tersebut.

Siasatan rasmi kemudian mendapati terdapat tiga tingkat yang ditambah secara haram pada bangunan asal setinggi empat tingkat itu, dan juruaudit keselamatan bersekongkol dengan pemilik hotel tersebut untuk membuat laporan palsu mengenai bangunan tersebut.

Pemilik hotel, Yang Jinqiang, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kemalangan serius, memalsukan dokumen rasmi dan menawarkan rasuah.

Demikian menurut mahkamah di Quanzhou dalam satu kenyataan online pada Ahad (17 Okt).

12 pesalah yang lain dihukum penjara antara dua setengah tahun dan 13 tahun atas kesalahan yang serupa.

Selain itu, tujuh pegawai awam dijatuhi hukuman penjara antara dua tahun dengan lebih daripada enam tahun kerana melakukan jenayah termasuk mengambil rasuah dan mengabaikan tugas.

Pengguna media sosial pada Selasa (19 Okt) mengecam banyaknya bangunan China yang tidak dibina dengan baik yang diketahui runtuh dengan begitu kerap.

"Projek 'tofu-dreg' ini memudaratkan orang lain, tetapi akhirnya mereka juga menimbulkan bahaya kepada mereka yang membinanya," tulis seorang netizen memberi komen di platform Weibo China, merujuk kepada kerja-kerja binaan yang sembrono.

Seorang lagi berkata pegawai yang bertanggungjawab seharusnya menerima hukuman lebih berat kerana menyebabkan kematian.

Kejadian bangunan runtuh atau kemalangan biasa berlaku di China, dan ia selalunya disebabkan oleh piawai binaan yang lemah atau amalan rasuah. 

Sumber : AFP/RB/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan