Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hospital Sungai Buloh nafi kenakan caj RM9,000 terhadap waris jenazah

Hospital Sungai Buloh menjelaskan bahawa Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah COVID-19 dan bukan COVID-19 sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital Sungai Buloh nafi kenakan caj RM9,000 terhadap waris jenazah

Hospital Sungai Buloh di Malaysia (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 09:11AM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 09:12AM

KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh menjelaskan bahawa Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah COVID-19 dan bukan COVID-19 sahaja.

Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur dalam kenyataannya berkata pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj terhadap waris si mati.

“Kesemua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan menerusi satu mesej suara dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mencecah sehingga RM9,000 (S$2,904).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan