Images
  • anwar ibrahim
    Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Hormati mandat yang rakyat berikan kepada PM Mahathir, kata Anwar

GEORGE TOWN: Hormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad untuk memimpin negara. Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Beliau menambah Dr Mahathir bertindak betul dalam membawa mesej yang jelas bahawa perlembagaan persekutuan perlu dihormati.

"Beliau (Tun Mahathir) mewakili kerajaan baru selepas diberi mandat oleh rakyat dan kita perlu menghormatinya,” kata Encik Anwar di luar acara 'Power Talk' yang bertemakan 'Hala Tuju Masa Depan Ekonomi Malaysia' di George Town, Pulau Pinang, pada Isnin (29 Apr).

Encik Anwar, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson, berkata tidak timbul sebarang keraguan tentang kedudukan Perdana Menteri memandangkan mandat itu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kenyataannya, kita berikan kedudukan itu, bahawa Perdana Menteri itu dipimpin oleh Perlembagaan. Beliau adalah ketua yang diberi tugas itu dan tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa beliau efektif dalam melaksanakan tugasnya,” ujar beliau.

Bagaimanapun, Encik Anwar juga berkata tidak ada salahnya jika pihak istana membuat teguran terhadap kerajaan.

- BERNAMA/FZ/fz

Top