Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong sambut ulang tahun ke-24 China kembali memerintah wilayah khas itu

Sedang China menyambut ulang tahunnya yang ke-100, Hong Kong turut menandakan ulang tahun ke-24 China kembali memerintah wilayah khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong sambut ulang tahun ke-24 China kembali memerintah wilayah khas itu

Para aktivis memperingati ulang tahun ke-24 China kembali memerintah Hong Kong. (Gambar: ISAAC LAWRENCE / AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2021 08:01PM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 08:06PM

HONG KONG: Sedang China menyambut ulang tahunnya yang ke-100, Hong Kong turut menandakan ulang tahun ke-24 China kembali memerintah wilayah khas China itu.

Para aktivis memperingati hari tersebut dengan mengadakan bantahan sungguhpun pihak berkuasa memberi amaran, mereka yang ikut serta akan ditangkap.

Polis menutup kawasan taman Victoria selepas terdapat gesaan di media sosial agar orang ramai berkumpul di situ.

Sambutan pagi tadi dirasmikan pemangku Ketua Eksekutif John Lee kerana pemimpin Carrie Lam kini berada di Beijing bagi sambutan ke-100 Parti Komunis China.

Encik Lee berkata Undang-undang Keselamatan yang dilaksanakan tahun lalu membantu mengembalikan keamanan di Hong Kong.  

Sumber : Agensi berita/NF/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan