Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong masih terperangkap dalam 'dilema', kata PM China

Pemerintah pusat China terus memberikan sokongannya kepada kepimpinan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong masih terperangkap dalam 'dilema', kata PM China

Perhimpunan di Taman Salisbury di daerah Tsim Sha Tsui pada 13 Dis 2019. (Gambar: Philip Fong/AFP)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 03:48PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 03:50PM

HONG KONG: Pemerintah pusat China terus memberikan sokongannya kepada kepimpinan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

China mengulangi pendiriannya itu semasa Cik Lam bertemu dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang, di Beijing siang tadi (16 Dis).

Semasa pertemuan mereka, PM Li berkata hab kewangan Asia masih lagi terperangkap dalam '"dilema" dengan ekonomi bandar berdepan situasi mencabar dan tidak pernah dilalui.

Cik Lam berada di Beijing selama empat hari sejak Sabtu lalu (14 Dis).

Ini merupakan lawatan beliau yang pertama ke Beijing sejak golongan prodemokrasi mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Majlis Daerah Hong Kong pada bulan lalu.

PM Li berkata pemerintah pusat terus menyokong Cik Lam dalam melaksanakan dasar-dasarnya bagi mempertahankan kemakmuran dan kemantapan jangka panjang Hong Kong.

Cik Lam dijadualkan menemui juga Presiden Xi Jinping untuk memberi taklimat mengenai keadaan terkini di Hong Kong. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan