Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong: Mahasiswa pakai topeng semasa hadiri konvokesyen

 Kira-kira 1,000 mahasiswa yang kebanyakannya memakai topeng berwarna hitam, menghadiri majlis konvokesyen Universiti China Hong Kong hari ini (7 Nov), sambil mengangkat sepanduk dengan cogan kata ‘Bebaskan Hong Kong, Revolusi Sekarang’.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong: Mahasiswa pakai topeng semasa hadiri konvokesyen

(Gambar: Facebook / @cuhkinfo)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 06:53PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 06:57PM

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mahasiswa yang kebanyakannya memakai topeng berwarna hitam, menghadiri majlis konvokesyen Universiti China Hong Kong hari ini (7 Nov), sambil mengangkat sepanduk dengan cogan kata ‘Bebaskan Hong Kong, Revolusi Sekarang’.

Para mahasiswa mengabaikan larangan pemerintah yang mengharamkan topeng pada bulan lalu bagi menangani pergolakan yang sudah berlarutan selama lebih lima bulan.

Sebahagian besar mahasiswa yang memakai gaun turut melaung-laungkan cogan kata tersebut ketika mereka berarak dari stesen kereta api menuju ke lokasi majlis, sambil menggesa pihak pemerintah supaya memenuhi tuntutan para penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan yang pada awalnya bertujuan untuk membantah rang undang-undang ekstradisi yang kini sudahpun dimansuhkan, bertukar ganas bagi menuntut pembaharuan kepada sistem demokrasi dan menggesa agar siasatan bebas dilancarkan terhadap aduan-aduan mengenai kekerasan yang keterlaluan oleh pihak polis.

'Perkara yang paling penting ialah kami semua masih berpegang kepada kelima-lima tuntutan, meskipun kami semua kepenatan, kami tidak akan menyerah kalah," kata Kelvin, yang merupakan seorang mahasiswa kejuruteraan informasi.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan