Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong lanjutkan tempoh kuat kuasa jarak sosial

Hong Kong melanjutkan tempoh penguatkuasaan langkah-langkah jarak sosial di wilayah pentadbiran khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong lanjutkan tempoh kuat kuasa jarak sosial

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 08:53PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 08:58PM

HONG KONG: Hong Kong melanjutkan tempoh penguatkuasaan langkah-langkah jarak sosial di wilayah pentadbiran khas China itu.

Ia sepatutnya berakhir pada lewat minggu ini.

Hong Kong terus berada dalam keadaan berwaspada terutama sekali selepas bilangan jangkitan baru COVID-19 di wilayah itu kembali bertambah angka pada Isnin (18 Jan).

Hari ini (19 Jan) ia melaporkan 56 kes baru dan satu lagi kematian.

Sejauh ini, Hong Kong sudah mengesahkan hampir 10,000 kes dengan 164 pesakitnya sudah meninggal dunia akibat virus tersebut.

Dalam taklimat media pagi tadi Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengulangi usaha pemerintahnya dalam memperhebatkan ujian mengesan COVID-19.

Lebih ramai penduduk sudah dikenal pasti untuk menjalani ujian wajib itu.

Sejauh ini, sekitar 2.1 juta penduduk sudah diuji.

Cik Lam turut berkata sesetengah perniagaan mungkin dibenarkan menyambung semula operasi pada masa yang sesuai memandangkan kaedah kawalan jangkitan dan pengesanan kontak yang lebih canggih kini digunakan.

Sekolah-sekolah di Hong Kong pula telah ditutup sejak bermulanya pandemik COVID-19 dengan kebanyakan pembelajaran beralih ke wadah online. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan