Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong ketatkan sekatan bagi cegah gelombang ke-4 jangkitan COVID-19

Hong Kong meningkatkan ujian wajib dan mengetatkan sekatan lagi COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong ketatkan sekatan bagi cegah gelombang ke-4 jangkitan COVID-19

Pegawai kesihatan Hong Kong memberi amaran keadaan penularan COVID-19 itu semakin membimbangkan.

Diterbitkan : 22 Nov 2020 02:36PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 02:37PM

HONG KONG: Hong Kong meningkatkan ujian wajib dan mengetatkan sekatan lagi COVID-19.

Mulai hari ini (22 Nov), semua ruang berpesta ditutup selama lima hari.

Arahan itu juga meliputi persembahan tarian dan muzik secara langsung di kelab malam dan bar.

Tindakan tersebut bagi mencegah adanya acara-acara yang boleh mencetuskan penularan besar-besaran penyakit itu.

Sekurang-kurangnya 14 tempat tarian dikaitkan dengan satu kelompok jangkitan COVID-19 yang baru. Oleh itu, sesiapa sahaja yang berkunjung ke salah satu tempat tarian itu pada bulan ini diwajibkan menjalani ujian COVID-19.

Hong Kong sedang berusaha mencegah berlakunya gelombang keempat jangkitan penyakit itu.

Pada Sabtu (21 Nov), ia melaporkan 43 kes baru di mana sekitar separuh daripadanya dikaitkan dengan kelompok di tempat-tempat tarian.

Secara keseluruhannya, jumlah kes di Hong Kong ialah lebih 5,500 manakala 108 pesakitnya sudah meninggal dunia.

Lebih 5,200 pesakit pula sudah sembuh.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan