Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hishammuddin nafi keluar UMNO

Anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hishammuddin nafi keluar UMNO

Hishammuddin Hussein (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:48PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:54PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein menafikan laporan media kononnya beliau merupakan antara Anggota Parlimen daripada UMNO yang akan meninggalkan parti itu.

“Jangan percaya spekulasi di luar sana. Bagi saya tiada sebab saya nak keluar parti. Tetapi saya rasa kepimpinan perlu tunjuk hala tuju yang jelas kepada kita semua ahli-ahli UMNO,” katanya kepada Bernama hari ini (19 Sep).

Encik Hishammuddin mengulas laporan media kononnya beliau akan meninggalkan UMNO selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, mantan Naib Presiden UMNO itu menjelaskan pertemuannya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar apa yang dirancang perdana menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam lepas, dua Anggota Parlimen daripada UMNO, Mustapa Mohamed (Jeli) dan Anifah Aman (Kimanis) telah mengumumkan meninggal parti tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan