Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hina Agong: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Hina Agong: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek ditahan

Ronnie Liu. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 04:12PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 04:35PM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi (28 Okt).

"Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di-Pertuan Agong. 

"Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam," katanya kepada Bernama. 

Semalam (27 Okt), Bernama melaporkan Pengarah JSJ Bukit Aman Huzir Mohamed sebagai berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial. 

Liu dilaporkan memuat naik status Facebook yang dibaca: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King”. 

Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan