Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Heng Swee Keat lancar ruang inkubasi di China

Ruang inkubasi untuk menggalak inovasi dan keusahawanan antara Singapura dengan wilayah Jiangsu, China dilancarkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Taman Antarabangsa Suzhou hari ini (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 09:10PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:22PM

SUZHOU, CHINA: Ruang inkubasi untuk menggalak inovasi dan keusahawanan antara Singapura dengan wilayah Jiangsu, China dilancarkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Taman Antarabangsa Suzhou hari ini (23 Nov).

Dipanggil BLOCK71 Suzhou, ia menyediakan para usahawan dan syarikat pemula tempatan, ruang bekerja dan sokongan dalam meneroka peluang perniagaan di China.

Encik Heng berada di Suzhou untuk menjadi pengerusi bersama mesyuarat ke-11 Majlis Kerjasama Singapura-Jiangsu dengan Gabenor Jiangsu, Wu Zhenglong.

Ditubuhkan pada 2007, majlis tersebut menggalak peluang perdagangan dan pelaburan antara Singapura dengan Jiangsu.

Perdagangan antara kedua-dua pihak membentuk kira-kira 10 peratus perdagangan antara Singapura dengan China.  

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan