Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter terhempas, ketua tentera India antara 13 yang maut

Ketua Pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat maut bersama 12 yang lain dalam nahas  helikopter  pada Rabu (8 Dis). Seorang penumpang selamat dan sedang dirawat di sebuah hospital tentera berdekatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Helikopter terhempas, ketua tentera India antara 13 yang maut

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 09:24PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 09:32PM

NEW DELHI: Ketua Pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat maut bersama 12 yang lain dalam nahas helikopter pada Rabu (8 Dis). Seorang penumpang selamat dan sedang dirawat di sebuah hospital tentera berdekatan.

Jeneral Rawat, 63 tahun, adalah ketua pertahanan India yang pertama, jawatan yang diwujudkan pemerintah India pada 2019 dan rapat kepada Perdana Menteri, Narendra Modi.

Menurut Tentera Udara India, beliau sedang dalam perjalanan bersama isterinya dan pegawai kanan yang lain dalam helikopter Mi-17 buatan Rusia apabila kemalangan berlaku berhampiran destinasinya di wilayah Tamil Nadu.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan orang ramai cuba memadamkan bangkai helikopter yang terbakar dengan baldi air manakala sekumpulan askar membawa seorang penumpang pergi dengan pengusung buatan sendiri.

Jeneral Rawat sedang menuju ke Kolej Kakitangan Perkhidmatan Pertahanan (DSSC) untuk berucap kepada pelajar dan kakitangan fakulti. Beliau bertolak dari pangkalan tentera udara Sulur di Coimbatore.

Helikopter itu dikatakan sedang ingin mendarat ketika nahas berlaku, sekitar 10 kilometer dari jalan raya utama terdekat, menyukarkan pekerja kecemasan untuk sampai ke tapak kemalangan, kata seorang anggota bomba kepada AFP.

Satu-satunya penumpang yang terselamat merupakan seorang berpangkat kapten yang bekerja di DSSC.

"Seorang yang cedera dibawa ke hospital," kata pegawai bomba di Coonoor.

Tentera udara India berkata siasatan sedang dijalankan berhubung kemalangan itu.  

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan