Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Helikopter milik pengerusi warga Thai Leicester City terhempas

Sumber-sumber yang rapat dengan keluarga Vichai Srivaddhanaprabha memberitahu agensi berita BBC bahawa hartawan Thailand itu berada di dalam helikopter yang terhempas lalu terbakar di luar stadium kelab bola sepak Leicester City di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2018 05:50PM Dikemas Kini : 28 Oct 2018 10:18PM

LEICESTER: Sumber-sumber yang rapat dengan keluarga Vichai Srivaddhanaprabha memberitahu agensi berita BBC bahawa hartawan Thailand itu berada di dalam helikopter yang terhempas lalu terbakar di luar stadium kelab bola sepak Leicester City di Britain.

Encik Vichai, 61 tahun, ialah pemilik kelab bola sepak Liga Perdana England itu.

Helikopter berkenaan terhempas di luar Stadium King Power sejurus selepas perlawanan bola sepak antara Leicester dengan West Ham yang berakhir dengan keputusan seri.

Encik Vichai menyaksikan perlawanan itu.

Beliau memang sering menaiki helikopternya dari Stadium King Power setelah menyaksikan perlawanan Leicester di padang sendiri.

Saksi-saksi berkata helikopter tersebut baru melepasi bumbung stadium dan kemudian berlegar-legar sebelum terhempas di kawasan letak kereta di luar stadium.

Encik Vichai, yang memiliki syarikat King Power, membeli Leicester City pada tahun 2010 dan melabur jutaan dolar bagi membangunkan kelab kerdil itu menjadi sebuah kelab yang disegani.

Bahkan dua tahun lalu, Leicester City berjaya menjulang piala Liga Perdana England. 

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan