Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Helang, pipit terbang tak sama tinggi' - catatan media sosial TMJ terima respons negatif

Media sosial kecoh mengenai hantaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan menyusuli catatan yang dimuatnaik di Instagramnya baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
'Helang, pipit terbang tak sama tinggi' - catatan media sosial TMJ terima respons negatif

Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 08 Jun 2019 04:33PM Dikemas Kini : 08 Jun 2019 07:49PM

KUALA LUMPUR: Media sosial kecoh mengenai hantaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan menyusuli catatan yang dimuatnaik di Instagramnya baru-baru ini.

Menurut laporan New Straits Times, meskipun ada sebilangan anggota masyarakat yang bingung dengan catatan tersebut, sesetengah yang lain mengingatkan beliau bahawa semua orang sama di mata Tuhan, tidak kira kedudukan sosial mereka.

Respons tersebut menyusuli catatan beliau di Instagram pada Rabu (5 Jun) mengenai burung helang dan pipit. Menurutnya helang dan pipit terbang pada ketinggian yang berbeza, dipercayai sebagai kiasan darjat darah bangsawan tidak sama dengan orang kebanyakan.

Dalam catatannya itu juga, TMJ mengatakan hanya keluarga Di Raja Johor sahaja yang layak memakai Baju Melayu Teluk Belanga dengan seluar hitam.

Berikut adalah catatan penuh beliau:

"Ini adalah pakaian tradisi keluarga di raja Johor. Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping. Keluarga yang memerintah. Darah keturunan sultan. Itu pasal kita boleh lihat tiada orang dalam kerajaan pakai seluar hitam. Kerana hanya keluarga Raja dan kerabat damping sahaja yang boleh pakai, atau layak pakai seluar hitam. Hari ini ramai orang cuba pakai gaya keluarga di raja Johor. Ramai orang luar dan individu yang tidak suka atau mengata keluarga di Raja Johor. Tetapi gaya raja Johor semua nak tiru. Ramai nak jadi Raja sebenarnya. Saya anak raja ni pun kalau tersilap langkah, saya di tegur oleh Almarhum atok saya. Kau jangan lupa helang dan pipit terbang tak sama tinggi. Kau baik tahu tempat masing masing dan angan angan tu rendahkan sikit daripada rumput. Yang terakhir, Orang Johor pakai teluk belanga bukan cekak musang."

(Petikan skrin catatan TMJ. Gambar: Malaysiakini)

RESPONS PELBAGAI

Walaupun ada sesetangah netizen yang masih tidak memahami tentang kiasan perbandingan yang digunakan terhadap pipit dan helang, namun beberapa segmen daripada mereka yang tidak bersetuju dengan catatan TMJ.

Pengguna Twitter @HazimMohammad20, misalnya mencatat, "tidak kira seberapa tinggi helang terbang, akhirnya ia akan mendarat di tanah untuk mencari makanan."

@fkrl_ pula menyatakan "Maaf kata, namun sebagai seorang warga Johor, saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Hanya kerana Baju Melayu."

Semalam, seorang wartawan TV3, Encik Safwan Sawi turut menjadi viral di Twitter setelah dikatakan menyindir TMJ dengan serangkap pantun sewaktu membuat liputan mengenai kesesakan lalu lintas sempena musim Hari Raya.

"Jangan angkuh berkereta Feraghi, bertayar hitam pedati suasa, Helang pipit tak sama laju tinggi, terlanggar mati jatuh ke tanah jua," ungkapnya. 

Sumber : Agensi berita/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan