Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hawaii pertimbang naik had usia merokok...

Bakal perokok di Hawaii mungkin harus menunggu lebih lama lagi untuk mencuba tabiat buruk itu selepas seorang penggubal undang-undang membentangkan rang yang mengharamkan penjualan rokok kepada pembeli berusia di bawah 100 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Hawaii pertimbang naik had usia merokok...

(Gambar: Regis Duvignau/AFP)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 01:49PM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 01:53PM

LOS ANGELES: Bakal perokok di Hawaii mungkin harus menunggu lebih lama lagi untuk mencuba tabiat buruk itu selepas seorang penggubal undang-undang membentangkan rang yang mengharamkan penjualan rokok kepada pembeli berusia di bawah 100 tahun.

Rang itu diperkenalkan seorang calon Democrat tempatan, Richard Creagan, dan dijangka berkuatkuasa menjelang 2024.

Meskipun Hawaii dikenali sebagai antara negeri dengan undang-undang penjualan rokok paling tegas di Amerika Syarikat, Encik Creagan, yang juga seorang doktor perubatan, percaya lebih banyak perlu dilakukan untuk melarang terus "artifak paling berbahaya dalam sejarah manusia itu,” demikian menurut usul beliau.

Di bawah undang-undang sekarang, hanya mereka yang berusia 21 tahun boleh membeli rokok di Hawaii manakala had usia minimum di seluruh negara adalah 18 atau 19 tahun.

Encik Creagan mengusulkan menaikkan had usia membeli rokok kepada 30 pada tahun depan, 40 pada 2021, 50 pada 2022 dan 60 pada 2023. Menjelang 2024, usia minimum adalah 100 tahun.

Beliau berkata, struktur rang itu dilakarkan sedemikian rupa agar dapat bertahan daripada sebarang bentuk cabaran dan masalah undang-undang berbangkit.

“Negeri ini wajib melindungi kesihatan orang ramai,” kata Encik Creagan kepada Hawaii Tribune-Herald. Beliau mengakui pernah merokok ketika melakukan kajian perubatannya.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, merokok adalah penyebab utama penyakit yang boleh dicegah dan kematian di Amerika Syarikat. Ia menyumbang kepada hampir setengah juta kematian setiap tahun.

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan