Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hasil bedah siasat Nora Anne belum diketahui

Sehingga jam 8.15 malam tadi (14 Ogos), bedah siasat remaja warga Ireland bernama Nora Anne Quoirin yang berusia 15 tahun masih dijalankan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil bedah siasat Nora Anne belum diketahui

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 10:51PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:56PM

SEREMBAN: Sehingga jam 8.15 malam tadi (14 Ogos), bedah siasat remaja warga Ireland bernama Nora Anne Quoirin yang berusia 15 tahun masih dijalankan. Demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Beliau berkata proses bedah siasat yang bermula pada pukul 11.45 pagi tadi dikendalikan oleh pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng, bersama Dr Hanif Mohammad dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

"Sehingga kini, kami belum terima keputusan sebab kematian...saya tidak dapat pastikan sehingga jam berapa bedah siasat (selesai).

"Mereka masih jalankan bedah siasat. Setakat ini sahaja yang saya boleh maklumkan," ujar Che Zakaria di sidang media dekat pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HTJ.

Menurut beliau lagi, proses bedah siasat turut dibantu oleh pihak Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya iaitu Dr Aidora Saedon serta Sufian Arshad Ahmad.

Ketika ditanya sama ada proses pengumpulan bahan bukti di tempat kejadian diteruskan, Che Zakaria berkata ia masih dijalankan.

"Tidak ada perkembangan baharu yang saya nak laporkan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kenyataan akhbar dan sidang media berhubung hasil bedah siasat itu akan diadakan esok. Bagaimanapun, waktu sidang media belum dimaklumkan.

Mayat Nora Anne ditemui semalam dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai yang terletak 2.5 kilometer daripada resort penginapan remaja itu bersama keluarganya di Pantai, Seremban. Mayat remaja berkenaan ditemui selepas 10 hari anak istimewa itu dilpor hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan