Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harimau Sumatera baham petani, cederakan pelancong

Seekor harimau Sumatera terancam membaham seorang petani Indonesia dan menyebabkan seorang pelancong Indonesia cedera parah, kata seorang pegawai pemuliharaan hari ini (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Harimau Sumatera baham petani, cederakan pelancong

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 09:47PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 09:50PM

JAKARTA: Seekor harimau Sumatera terancam membaham seorang petani Indonesia dan menyebabkan seorang pelancong Indonesia cedera parah, kata seorang pegawai pemuliharaan hari ini (18 Nov).

Serangan maut itu berlaku pada Ahad (17 Nov) di ladang kopi milik mangsa di pulau Sumatera tempat petani berusia 57 tahun berkenaan bergelut dengan harimau itu sebelum ia membunuhnya, menurut Encik Genman Hasibuan, Ketua agensi pemuliharaan Sumatera Selatan.

"Petani itu diserang apabila beliau sedang memotong pokok di ladangnya," katanya.

Serangan itu berlaku sehari selepas harimau yang sama menerkam sekumpulan pelancong Indonesia yang sedang berkhemah di ladang tanaman teh di daerah Gunung Dempo di Sumatera Selatan.

Seorang daripada pelancong berkenaan dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada bahagian belakang tubuh apabila harimau itu menerpa ke dalam khemahnya, kata Encik Hasibuan.

Harimau itu yang masih berkeliaran di kawasan perhutanan yang dilindungi itu, dipercayai seekor daripada 15 ekor harimau terancam di Sumatera Selatan di mana berlaku lima serangan harimau tahun ini, termasuk dua serangan maut.

Konflik antara manusia dan haiwan biasa berlaku di Asia Tenggara terutama sekali dalam kawasan hutan-hutan belantara yang ditebang untuk membuka ladang minyak sawit yang memusnahkan habitat haiwan dan membawa mereka lebih dekat dengan manusia.

Harimau Sumatera dianggap spesies amat terancam oleh kumpulan perlindungan, Persatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, dengan hanya 400 hingga 500 ekor harimau liar yang tinggal.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan