Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga runcit petrol dan diesel turun untuk seminggu

Harga runcit petroleum diturunkan mulai 12 tengah malam bagi tempoh 5 Januari hingga 11 Januari 2019, menurut Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga runcit petrol dan diesel turun untuk seminggu

Harga runcit petroleum RON95, RON97 dan diesel diturunkan selama seminggu. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Jan 2019 11:43PM Dikemas Kini : 04 Jan 2019 11:48PM

KUALA LUMPUR: Harga runcit petroleum diturunkan mulai 12 tengah malam bagi tempoh 5 Januari hingga 11 Januari 2019, menurut Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat (4 Jan).

Sepanjang tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 diturunkan kepada RM2.23 (S$0.74) seliter daripada RM2.50 (S$0.82) seliter, manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 (S$0.64) seliter daripada RM2.20 (S$0.73) seliter dan diesel kepada RM2.04 (S$0.67) daripada RM2.18 (S$0.72) seliter.

“Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” kata Menteri Kewangan negara itu, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan pada Jumaat (4 Jan).

Beliau berkata penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimbangkan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 2 Januari.

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini,” kata Encik Lim.

Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai Sabtu (5 Jan) hingga Jumaat depan (11 Jan).

“Harga baru ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jan 2019,” kata Encik Lim.

Menurut beliau, kerajaan akan terus komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang sama, melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.

Encik Lim berkata harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 (S$0.73) seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 (S$0.72) seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi apabila harga pasaran dunia naik, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan