Images
  • mango
    Harga mangga di Filipina menjunam di negara itu kerana negara itu mempunyai lebihan bekalan. (Gambar: Noel Celis/AFP)

Harga mangga Filipina menjunam akibat lebihan bekalan 2 juta kg

MANILA: Harga mangga di Filipina menjunam di negara itu kerana negara itu mempunyai lebihan bekalan sekitar 2 juta kilogram.

Hasil tuaian yang melimpah itu disebabkan oleh El Nino, yang berlaku 'setiap tiga hingga empat tahun", kata setiausaha pertanian Emmanuel Pinol pada Isnin (10 Jun).

Fasa cuaca El Nino boleh mengakibatkan kedua-dua banjir dan kemarau di kawasan berbeza di dunia, dan dikaitkan dengan cuaca lebih panas dan kering di rantau Asia Pasifik.

Menurut Encik Pinol, terdapat lebihan sekitar 2 juta kilo mangga di wilayah Luzon. Kali terakhir Filipina mengalami lambakan bekalan setinggi ini adalah selepas El Nino pada 2015 dan 2016, katanya.

Harga buah tersebut sudah menjunam kepada serendah 20 peso (AS$0.20) setiap kilogram di Luzon dan wilayah-wilayah lain seperti Mindanao.

Pemerintah Filipina sudah melancarkan satu kempen untuk menyokong para petani mangga tempatan dalam usaha untuk menjual sekurang-kurangnya 1 juta kg buah-buahan itu menjelang Jun sebelum ia rosak. 

- CNA/NA/na

Top