Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harapan cerah capai kata sepakat tamatkan perang dagang AS-China

Terdapat harapan yang cerah bahawa Amerika akan mencapai kata sepakat dengan China, untuk menamatkan perang dagangan antara kedua-dua pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Feb 2019 06:33PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 09:45PM

WASHINGTON: Terdapat harapan yang cerah bahawa Amerika akan mencapai kata sepakat dengan China, untuk menamatkan perang dagangan antara kedua-dua pihak.

Presiden Donald Trump berkata beliau tidak keberatan untuk melanjutkan tarikh untuk mencapai persetujuan itu yang sepatutnya berakhir 1 Mac ini.

Beliau turut menimbulkan kemungkinan mengadakan sidang puncak dengan pemimpin China Xi Jinping bulan depan.

Presiden Trump berkata demikian selepas bertemu ketua perunding dagangan China, Naib Perdana Menteri, Liu He.

Butir-butir persetujuan yang dicapai belum didedahkan tetapi China dipercayai bersetuju untuk membeli barangan import berbilion dolar daripada Amerika bagi mengurangkan defisit dagangan.

Amerika dan China sedang berusaha mencapai perjanjian sebelum 1 Mac ini.

Lanjutan tarikh itu bermakna rancangan Amerika untuk menaikkan cukai import ke atas barangan China yang bernilai lebih AS$200 bilion (S$270 bilion) dari 10 peratus kepada 25 peratus akan digantung buat sementara.

Ketegangan dagangan antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini turut menjejas pertumbuhan ekonomi global dan menyebabkan pasaran saham menjunam.

Sumber : Reuters/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan