Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanya penduduk yang sudah divaksin boleh tunai solat Jumaat di Masjidil Aqsa

Polis Israel mengetatkan kawalan di Baitulmakdis sempena solat Jumaat pertama bulan Ramadan tahun ini (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya penduduk yang sudah divaksin boleh tunai solat Jumaat di Masjidil Aqsa

Solat Jumaat pertama bulan Ramadan di Masjid al-Aqsa pada 16 Apr 2021 (Gambar: Ahmad GHARABLI/AFP)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 10:58PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 11:02PM

BAITULMAKDIS: Polis Israel mengetatkan kawalan di Baitulmakdis sempena solat Jumaat pertama bulan Ramadan tahun ini (16 Apr).

Israel hanya membenarkan 10,000 penduduk Palestin di Tebing Barat menunaikan solat Jumaat pertama Ramadan itu di Masjidil Aqsa.

Bagaimanapun semua jemaah itu mestilah sudah selesai mendapatkan suntikan dua dos vaksin COVID-19 yang diperlukan.

Jumlah jemaah itu jauh lebih rendah daripada bilangannya sebelum pandemik COVID-19.

Disebabkan pandemik itu juga solat di Masjidil Aqsa tidak dibenarkan tahun lalu.

Namun tahun ini masjid itu dibuka semula untuk solat berikutan kemajuan pesat dalam program vaksinasi Israel.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan