Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanya individu lengkap divaksin dibenar naik pengangkutan awam di Saudi

Pengangkutan awam akan dibenarkan hanya bagi individu 'kebal' yang sudah melengkapkan dua dos vaksin yang ditetapkan, kata jurucakap Penguasa Pengangkutan Awam Saudi (TGA), Saleh Al-Zuwaid, menukil Saudi Gazette.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya individu lengkap divaksin dibenar naik pengangkutan awam di Saudi

Kawasan perniagaan Arab Saudi. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 08:36AM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 08:37AM

RIYADH: Pengangkutan awam akan dibenarkan hanya bagi individu 'kebal' yang sudah melengkapkan dua dos vaksin yang ditetapkan, kata jurucakap Penguasa Pengangkutan Awam Saudi (TGA), Saleh Al-Zuwaid, menukil Saudi Gazette.

Beliau membuat pengumuman itu di sidang maya yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan di Riyadh pada Ahad (10 Okt). Jurucakap itu menambah ada lebih 750,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan di Arab Saudi setiap hari.

Ini termasuk pengangkutan antara bandar, bas sekolah teksi, perkhidmatan pengangkutan menggunakan aplikasi, kereta api dan feri, menurut laporan Saudi Gazette lagi.

Beliau menambah kapasiti bagi bas, feri dan kelas ekonomi di kereta api adalah sehingga 50 peratus.

Menurut jurucakap itu pada September lalu, Kementerian Pengangkutan menjalankan lebih 90,000 lawatan pemeriksaan berkala dan mengesan 145 kes pelanggaran terhadap langkah berjaga-jaga serta pencegahan, lapor Saudi Gazette.

Di pihaknya, Dr. Mohammed Al-Abdali, jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan, mengesahkan enam bilion dan 400 juta dos sudah diberikan di seluruh dunia iaitu satu langkah positif untuk melawan dan membendung epidemik itu.

Kes baru COVID-19 di Arab Saudi melonjak melebihi 50 buat pertama kalinya pada Ahad setelah kekal di bawah angka itu selama lima hari. Sebanyak 59 kes jangkitan baru dicatatkan sepanjang tempoh 24 jam.

Beliau menambah sehingga kini, Arab Saudi sudah memberikan lebih 43 juta dos vaksin sejak permulaan vaksinasi.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan