Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanoi mungkin pindahkan 14,000 keluarga susuli hujan lebat

Hujan lebat menyebabkan paras air naik ke "tahap berbahaya" di Sungai Bui

Anggaran Waktu Membaca:
Hanoi mungkin pindahkan 14,000 keluarga susuli hujan lebat

(Gambar fail: AFP/Anh Tuan)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:49PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 08:51PM

HANOI: Vietnam sedang menimbangkan langkah memindahkan lebih 14,000 keluarga di Hanoi di tengah-tengah kebimbangan bahawa hujan lebat baru-baru ini mungkin menenggelamkan sebuah daerah yang terletak di luar bandar ibu kota negara itu.

Hujan lebat menyebabkan paras air naik ke "tahap berbahaya" di Sungai Bui iaitu 20 kilometer dari Hanoi. Ia mengancam kampung-kampung berdekatan menurut satu kenyataan yang dimuat naik ke laman Jawatankuasa Masyarakat Hanoi, hari ini (31 Jul).

Vietnam sering dilanda ribut dan banjir di mana seramai 389 orang terkorban pada tahun lalu dalam bencana-bencana alam, seperti banjir dan tanah runtuh, menurut perangkaan pihak pemerintah Vietnam.

Dua kanak-kanak mati lemas, manakala lebih seribu rumah di daerah Hanoi mengalami banjir teruk. Sekitar 4,000 orang sudahpun dipindahkan.

Hujan diramalkan reda esok (1 Ogos) menurut Pusat Nasional Vietnam bagi Ramalan Hidro-Meteorologi.

Lebih banyak banjir dijangka berlaku sepanjang beberapa bulan akan datang, sehingga musim hujan berakhir pada sekitar awal Oktober.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan