Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir sejuta visa umrah dikeluarkan

Hampir sejuta visa umrah dikeluarkan sejak lewat Oktober lalu, menurut Kementerian Haji dan Umrah.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir sejuta visa umrah dikeluarkan

(Gambar fail: Mosa'ab Elshamy/AP)

Diterbitkan : 14 Nov 2018 12:40AM Dikemas Kini : 14 Nov 2018 12:43AM

MAKKAH: Hampir sejuta visa umrah dikeluarkan sejak lewat Oktober lalu, menurut Kementerian Haji dan Umrah.

Kementerian itu menyatakan bahawa lebih seramai 695,000 sudah tiba di Arab Saudi dan sekitar 400,000 sudah meninggalkan negara itu selepas menunaikan ibadah umrah, lapor Saudi Gazette.

Kementerian itu menambah, kurang 295,000 jemaah umrah masih di negara itu di mana lebih 198,000 daripadanya berada di Makkah dan selebihnya di Madinah.

Menurut Saudi Gazette, sekitar 650,000 jemaahnya tiba di negara itu dengan menaiki kapal terbang, 45,010 melalui darat dan 28 lagi melalui pengangkutan laut.

Laporan tempatan itu turut membutirkan jumlah visa yang diberikan bagi setiap negara. Indonesia merupakan negara ketiga yang menerima jumlah visa tertinggi manakala Malaysia berada di tangga kelima.

Saudi Gazette melaporkan bahawa terdapat 262,695 jemaah dari Pakistan, 140,505 dari India, 131,908 dari Indonesia, 26,334 dari Yaman dan 21,767 dari Malaysia. Ada juga jemaah dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Britain, Turki, Jordan dan Bangladesh.

Kementerian itu menambah, lebih 7,600 pekerja Saudi bekerja dalam syarikat-syarikat khidmat Umrah dan Haji. Mereka terdiri daripada 6,493 lelaki dan 1,172 wanita, yang menawarkan khidmat terbaik kepada para jemaah.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan