Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 82% penduduk dewasa M'sia lengkap suntikan vaksin COVID-19

Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat Khamis (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 82% penduduk dewasa M'sia lengkap suntikan vaksin COVID-19

Dua individu mendapatkan vaksin COVID-19 AstraZeneca di sebuah pusat vaksinasi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 5 Mei 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 24 Sep 2021 10:56AM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 11:01AM

KUALA LUMPUR: Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat Khamis (23 Sep).

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 132,562 dos pertama dan 194,050 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,573,883 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 116 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi (23 Sep), menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara itu kini 24,681.

Bagaimanapun, daripada 116 kematian baru itu, 92 kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (23 Sep) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak dan angka boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 29 daripada kematian baru itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan