Images
  • pekanbaru hotspot fire indonesia
    Seorang lelaki cuba memadam api di Pekanbaru, Riau, Indonesia pada 20 Jul (Gambar: AFP/Wahyudi)

Hampir 80% tompok panas dikesan di rantau ASEAN adalah di Indonesia

PETALING JAYA: Pusat Meteorologi Khusus ASEAN menyatakan hampir 80 peratus daripada tompok panas yang dikesan di rantau ASEAN sejak sebulan lalu atau lebih, terletak di Indonesia.

Menurut pusat tersebut, kira-kira 1,100 tompok panas dikesan di rantau ini, disebabkan oleh kebakaran hutan dan pembakaran secara terbuka.

Ini menyebabkan keadaan jerebu yang menjejas beberapa bahagian ASEAN termasuk Malaysia, sekarang ini.

Sekitar 6 peratus tompok panas dicatat di Malaysia.

Di Indonesia, tompok-tompok panas dikesan di Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Sulawesi.

Sebanyak 150 tompok panas dicatatkan di Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Tompok-tompok panas juga dikesan di Myanmar dan Filipina.

- CNA/MM/NA/tq

Top