Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 70% rakyat Muslim Amerika undi Joe Biden

Sebahagian besar warga Amerika Syarikat yang beragama Islam mengundi calon Democrat Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2020 pada Selasa (3 Nov). Lebih tepat lagi, 69 peratus Muslim Amerika menyokong Encik Biden.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 70% rakyat Muslim Amerika undi Joe Biden

Hampir 70% rakyat Muslim Amerika undi Joe Biden

Diterbitkan : 04 Nov 2020 08:13PM Dikemas Kini : 04 Nov 2020 08:18PM

ANKARA: Sebahagian besar warga Amerika Syarikat yang beragama Islam mengundi calon Democrat Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2020 pada Selasa (3 Nov). Lebih tepat lagi, 69 peratus Muslim Amerika menyokong Encik Biden.

Demikian lapor agensi berita Anadolu, menukil tinjauan ke atas pengundi yang dilakukan Pejabat Perhubungan Islam Amerika (CAIR).

Badan hak sivil bagi masyarakat Muslim yang terbesar di Amerika itu melaporkan bahawa rakyat Muslim Amerika yang datang mengundi amat tinggi tahun ini - 84 peratus menyertainya.

Hanya 17 peratus dari 844 pengundi mendaftar dan menyertai tinjauan itu menyokong President Donald Trump.

Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan bahawa Trump meraih 4 peratus lebih banyak undi daripada penyokong Muslim berbanding pilihan raya 2016.

"CAIR ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada satu juta pengundi rakyat Muslim Amerika, yang menyertai bilangan 'pecah rekod' pengundi pilihan raya ini," kata Pengarah Eksekutif CAIR, Encik Nihad Awad, dalam satu kenyataan.

"Keupayaan kuat masyarakat Muslim bagi memberi kesan terhadap keputusan pelbagai perjuangan di negara ini - termasuk pilihan raya presiden - diiktiraf dari segi nasional oleh calon-calon pilihan raya dan media," tambah Encik Awad.

Berjuta-juta rakyat Amerika bergegas ke pusat-pusat mengundi pada Selasa (3 Nov) untuk memilih presiden ke-46 negara itu serta wakil-wakil Dewan Kongres bagi Rumah Putih dan Senat.  

Sumber : Bernama/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan