Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 70% rakyat M’sia keluar mengundi setakat 3.00 petang tadi

Setakat pukul 3.00 petang tadi, 69 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab untuk membuat pilihan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 70% rakyat M’sia keluar mengundi setakat 3.00 petang tadi

(Gambar: Manan Vatsyayana/ AFP)

Diterbitkan : 09 May 2018 05:38PM Dikemas Kini : 09 May 2018 05:41PM

KUALA LUMPUR: Setakat pukul 3.00 petang tadi, 69 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab untuk membuat pilihan mereka.

Menurut Astro Awani, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media khas sebelum itu mengesahkan setakat pukul 1.00 petang, 55 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi di dalam proses demokrasi PRU14.

"Ini berbeza berbanding PRU lalu, menampakkan kesungguhan pengundi untuk keluar mengundi," kata Encik Hashim dalam sidang media khas di ibu pejabat SPR di Putrajaya seperti ditukil Astro Awani.

Sebelum ini, SPR menyatakan sasaran keluar mengundi untuk PRU14 ialah 85 peratus.

Jika diteliti statistik keluar mengundi sepanjang lipatan sejarah pilihan raya di Malaysia, PRU13 pada 2013 lalu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 84.4 peratus, menurut Astro Awani lagi.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan