Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 7 jam Najib beri keterangan kepada SPRM

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 May 2018 07:00PM Dikemas Kini : 24 May 2018 10:53PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Ini merupakan kali kedua Datuk Seri Najib memberi keterangan dan sesi hari ini (24 Mei) berjalan hampir tujuh jam.

"Saya telah jawab semua soalan dengan sebaik-baiknya. SPRM telah melakukan kerja-kerjanya dengan tahap profesionalisme yang baik dan mereka kata bahawa sesi keterangan sudahpun selesai," ujar Datuk Seri Najib.

Selasa lalu (22 Mei), Datuk Seri Najib berada lebih lima jam di ibu pejabat SPRM untuk memberi penjelasan mengenai pemindahan yang mencurigakan wang berjumlah AS$10.6 juta (S$14.6 juta) ke dalam akaun banknya.

Jumlah itu sebahagian daripada kes penyelewengan berbilion dolar dana 1MDB.

Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa ia sudah memberikan maklumat mengenai transaksi pembelian tanah oleh kerajaan lama, kepada SPRM.

Menurut Bank Pusat itu, pembelian tanah tersebut dilakukan dengan tulus dan pada harga yang ditentukan oleh jurunilai hartanah bebas.

Agensi Reuters melaporkan dana daripada transaksi itu mungkin digunakan untuk melunaskan hutang 1MDB.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan